Virtuemart: How to Add a New Product | Cara masukkan produk baru PDF Print E-mail

ecommerce_iconSila ikut langkah-langkah berikut sekiranya anda baru pertama kali belajar untuk memasukkan produk ke web Joomla anda.

Memasukkan produk ke web eCommerce anda adalah kerja rutin untuk perniagaan yang mempunyai banyak produk. Oleh kerana itu, sebagai pemilik web anda perlu mahir membuat update sendiri. Setelah perniagaan anda berkembang maju, bolehlah anda mengupah atau mempunyai staff IT sendiri yang membuat tugasan ini. Kami akan membantu anda agar anda cekap mengendalikan tugasan ini. 

 


 

Sila ikut langkah-langkah berikut sekiranya anda baru pertama kali belajar untuk memasukkan produk ke web baru anda. Sila lihat gambar di bawah, merupakan muka utama sistem e-commerce di laman web yang dibangunkan oleh MUS. Terdapat banyak lagi menu dan setting lain, namun untuk mempercepatkan anda memulakan tugas anda sebagai usahawan, kami sudah membuatkannya untuk anda. 

1. Klik di CATEGORY TREE terlebih dahulu sekiranya anda belum lagi mempunyai kategori produk. Bina kategori untuk produk-produk. Langkah ini boleh diabaikan oleh client MUS kerana kami telah membantu anda membina kategori yang sesuai dengan perniagaan anda melalui penyelidikan yang kami lakukan terlebih dahulu.

2. Klik PRODUCT LIST (seperti gambar di bawah) untuk menambah atau membuat editing kepada produk di kedai anda.

vm01.jpg
     Muka Depan Sistem Kedai Online Anda

3. Anda akan dibawa seterusnya ke laman yg mempunyai senarai produk. Untuk memudahkan anda juga, kami sudahpun memasukkan beberapa produk anda dengan format dan gaya yang sesuai sebagai panduan.

4. Anda boleh klik di ikon NEW untuk menambah produk baru.   Atau paling mudah sekiranya produk tersebut dari kategori yang sama, sila klik di ikon CLONE PRODUCT di mana-mana produk yang telah kami sediakan untuk anda.

vm_product.jpg
  Laman Senarai Produk, untuk menambah atau membuat mengubahsuai produk.
 

5. Di bawah adalah laman untuk tambah atau edit produk di kedai anda. Sila kenalpasti kotak dgn garisan merah putus-putus, yang wajib anda isi untuk membolehkan anda menyenaraikan (publish) produk anda. Ruang-ruang lain adalah optional dan boleh diabaikan buat sementara waktu.

6. Ruangan optional yang penting untuk menampakkan produk anda tersusun rapi adalah ruangan SHORT DESCRIPTIONS  (tulis intro untuk menarik pelanggan anda membaca lebih lanjut) dan PRODUCT DESCRIPTIONS (Tuliskan info penuh berkenaan produk tersebut agar bakal pelanggan anda faham dan menarik minat mereka).

7. Perhatikan juga TAB yang ada untuk ke : PRODUCT STATUS, PRODUCT DIMENSIONS AND WEIGHT, PRODUCT IMAGE dan RELATED PRODUCT. Tab yang penting walaupun tidak wajib adalah PRODUCT DIMENSTIONS AND WEIGHT dan PRODUCT IMAGE.

8. Jangan lupa untuk klik SAVE setelah selesai menambah atau mengubahsuai produk anda. Anda juga dinasihatkan untuk membuat backup artikel atau penerangan produk di dalam komputer anda. Perlu diingatkan yg setiap laman web yang mempunyai sistem pendaftaran mempunyai Time out untuk keselamatan web. Sekiranya anda lupa untuk SAVE maka artikel yang ditulis di editor akan hilang apabila time out.

vm_add_new.jpg
  Laman utama produk
 
9. Masukkan berat produk anda di ruang WEIGHT yang ditunjukkan di bawah dalam unit KILO. Setting ini paling penting bagi anda yang akan poskan produk anda kepada pelanggan. Untuk yang bercita-cita membuat penghantaran produk ke luar negara, memasukkan berat produk yang betul adalah kritikal. Ini kerana sistem e-commerce yang dibina oleh MUS telah dimasukkan database pengiraan penghantaran POS MALAYSIA berdasarkan berat ke seluruh Malaysia atau international berdasarkan target pelanggan anda.
 

 
vm_product_details.jpg
  Masukkan berat produk dalam unit KILO eg. 0.25 kilo
 

10. Masukkan gambar produk di tab PRODUCT IMAGE (lihat gambar dibawah). Hanya perlu browse dari komputer anda dan upload ke web anda. Jangan lupa pilih AUTO-CREATE THUMBNAIL supaya image yang lebih kecil akan dibuat secara auto.

Tip Gambar Produk: Perlu kami ingatkan anda yang gambar adalah merupakan aset penting untuk menarik perhatian pelanggan anda. Gambar yang terang dan jelas memberi lebih gambaran kepada pelanggan yang tidak dapat menyentuh atau membelek produk tersebut. Terutama untuk anda yang menjual produk berkaitan kecantikan wanita, seperti pakaian, aksesori kecantikan. Gambar yang jelas, cantik, menarik adalah faktor utama meningkatkan jualan anda
Size gambar produk : Tidak boleh terlalu kecik atau terlalu besar. paling bagus lebih kurang 400-600 px bergantung kepada jenis produk anda. Sila resize semua gambar kepada size yang sama untuk nampak seragam bila ditayangkan di kedai online anda. Editing gambar boleh anda lakukan dengan PICASA software yang boleh di download PERCUMA dari produk Google. Link untuk download PICASA.

11. Itu sahaja perkara penting untuk anda belajar cara memasukkan produk pertama anda. Anda boleh cuba berkali-kali dan SAVE kan kerja anda serta tengok hasilnya. Setelah berulang kali anda belajar memasukkan produk, anda akan mahir dan dengan mudah akan tahu dibahagian mana perlu dicantikkan.  Namun, seperti biasa segala persoalan anda boleh terus diemailkan kepada kami.

Berikut adalah salah seorang client MUS yang sudah mahir membuat laman setiap produknya. Sila lawat KEDAIHERBA.com . Beliau hanya mengambil masa kurang dari sebulan untuk mahir. Penerangan produk yang terperinci oleh beliau perlu dicontohi oleh anda yang mempunyai kedai online. Gambar yang terang dan jelas bersama penerarangan yang terperinci akan membantu bakal pelanggan anda membuat keputusan untuk membeli atau tidak di kedai anda! 

 

vm_product_image.jpg
Masukkan gambar produk.

 

 

Powered by MUS Unlimited