|
Google Adsense jana Pendapatan Sampingan |
|
|
|
Sekiranya anda aktif berblog atau mempunyai laman web, Google Adsense adalah salah-satu cara yang boleh memberikan pendapatan sampingan. Iklan dari Google secara umumnya akan bergantung kepada isi kandungan (contents) yang terdapat di laman web/blog anda. Contohnya, sekiranya contents anda bercerita tentang kereta, maka akan secara automatik akan dipamerkan iklan-iklan berkaitan kereta.
Seterusnya, sekiranya ada pelawat ke blog anda yang klik di iklan tersebut, mungkin anda akan mendapat bayaran. Kenapa saya katakan mungkin? Ini kerana tidak semestinya iklan tersebut dibayar. Bayaran per klik iklan pula adalah berbeza, ini semua bergantung dengan Pengiklan yang membayar Google. Minimum adalah 1 sen USD per klik sehinggalah paling mahal. Selalunya web-web yang mempunyai hit yang tinggi dibayar mahal. Contoh di Malaysia web Malaysiakini.com. Bayaran yang diperolehi oleh Malaysiakini.com paling minimum adalah 50sen USD sekiranya pelawat klik di iklan Google Adsensenya. Kenapa? Ini kerana ada Pengiklan yang berebut-rebut supaya Google paparkan iklannya di laman web yang tinggi jumlah pelawatnya. Maka, pengiklan yang membayar paling tinggi akan mendapat peluang untuk dipaparkan di web tersebut. Inilah sistem iklan berasaskan "bidding" dari Google. Namun, perlu diketahui juga yang buat masa ini tidak banyak iklan bahasa Melayu yang dibayar kepada Google. Oleh itu sekiranya blog anda mempunyai contents di dalam bahasa Melayu, anda perlulah berhati-hati setelah memasukkan kod Google Adsense. Ini kerana iklan bahasa Melayu yang sering keluar adalah yang tidak berkaitan dengan cerita di blog anda. Iklan-iklan yang seringkali keluar untuk contents bahasa Melayu selalunya berkaitan dengan promosi agama Kristian dari Indonesia. Anda masih boleh cuba memilih supaya hanya paparan banner dari Google Adsense dan bukannya iklan text. Tetapi, sekiranya masih keluar iklan-iklan yang tidak sepatutnya kita sebagai orang Islam mempromosinya, maka tanya hati anda. Sama ada mahu anda menerima wang hasil dari promosi tersebut. Kesimpulannya, sekiranya anda betul-betul mahu mendapat pendapatan dari Google Adsense - Buatlah artikel berkualiti dalam bahasa Inggeris. |