| Web bukan untuk semua perniagaan |
|
|
|
Anda mungkin tidak perlukan laman web untuk perniagaan anda!MUS sentiasa mendapat email bertanyakan tentang bina laman web. Untuk memberikan konsultasi, kami akan bertanya soalan-soalan berikut terlebih dahulu. Ini kerana, kami berpendapat tidak semua perniagaan memerlukan laman web. Terdapat jenis produk yang hanya cukup menggunakan blog percuma dan ada juga yang cukup dengan membuat iklan melalui email atau lain-lain teknik pemasaran konvensional.
Kajian Kes 1.Saya merupakan seorang suri rumah. Boleh tak saya nak buat web untuk jual biskut raya. Sekarang ini saya ada kurang dari 10 jenis biskut untuk dipasarkan.Jawapan MUS Kami mencadangkan anda bermula dengan membuat blog untuk memulakan perniagaan menjual biskut raya (cookies), kek, kerepek dan pelbagai lagi hasil keluaran home made. Ini kerana melalui blog sebenarnya sudah cukup untuk mengiklankan produk lebih kurang 20 jenis dalam satu kategori. Ramai yang telah berjaya dengan menjual produk dan perkhidmatan melalui blog.Namun, sekiranya produk yang terlalu banyak jenis dan ketegorinya, blog tersebut menjadi kurang terurus. Bakal pelanggan tidak dapat melihat dan mencari dengan mudah produk-produk yang ingin ditunjukkan. Atau dengan kata lain blog adalah tidak ramah pelanggan (customer friendly) sekiranya anda mempunyai terlalu banyak produk yang ingin dijual. Kos pembinaan laman web bukan sahaja kos pekej sekali bayar, tetapi kita juga perlu mengira kos sewa hosting (server) dan juga sewa nama domain setiap tahun. Sekiranya anda yakin yang perniagaan anda akan berkembang maju dan anda fokus dan betul-betul komited, maka kami cadangkan sepenuhnya untuk anda membina laman web. Kajian Kes 2Saya mempunyai syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan pelancongan. Kami menjual pekej-pekej melancong termasuk hotel dan pengangkutan. Bolehkan saya hanya mempunyai blog?Jawapan MUS Anda perlu membina laman web rasmi syarikat untuk menunjukkan komitmen anda kepada perniagaan. Ini kerana target pelanggan anda adalah luas, iaitu dari dalam dan juga luar negara. Syarikat yang berdaftar adalah penting mempunyai laman web rasmi dan nama domain rasmi untuk memberikan keyakinan kepada bakal pelanggan. Mempunyai blog adalah perkara kedua untuk pelbagai tujuan, cthnya untuk mendekatkan lagi syarikat dan pelanggan, dan menambahkan input yang berkaitan produk di laman web bagi meningkatkan trafik bakal pelanggan. Dengan kata lain, sebuah syarikat berdaftar dilihat oleh bakal pelanggan sebagai tidak serius untuk menjalankan perniagaan, dan mereka tidak yakin untuk membuat urusniaga. |
| Google Products |
| Web & Business |
| Client Tutorial |
| Joomla.org |
| JoomlArt |
| Zenpipe |