Teknik Mudah Cantikkan Gambar Produk PDF Print E-mail
Sebelum gambar produk anda dicantikkan dengan PICASA, adalah perlu untuk tahu teknik-teknik asas mengambil gambar. Satu sahaja teknik yang mahu saya tekankan di sini iaitu untuk mendapatkan gambar yang terang dan jelas.

 

Cahaya yang neutral - Oleh kerana kita adalah amatur yang tidak mempunyai lampu-lampu dan peralatan canggih fotografi, hasil yang bagus sekiranya gambar produk tersebut diambil di waktu siang hari dan dengan adanya cahaya matahari. Contohnya anda boleh ambik di balkoni atau di belakang rumah anda.

Kamera? Tidak perlu kamera DSLR/SLR yang canggih. Paling kurang kamera yang mempunyai 3.2 megapixel. Acu try test dulu dengan apa jual kamera yang anda sekarang menggunakan teknik yang betul dan edit dengan PICASA. Anda mungkin tidak perlu membeli kamera baru!

Snap dari pelbagai sudut  - ambil lah beberapa keping gambar utk setiap produk dari sudut berbeza. Jurugambar profesional juga berbuat sedemikian. Setelah anda uploadkan ke dalam komputer, barulah anda membuat pemilihan yang mana satu yang terbaik.

Tutorial ini saya tujukan kepada anda yang baru memulakan perniagaan di dunia internet. Oleh itu saya tidak mencadangkan anda untuk mencari model untuk memakaikan produk anda atau pun mengupah jurugambar profesional. Walau bagaimana pun anda boleh berbuat sedemikian sekiranya mempunyai budget yang lebih atau anda sendiri menjadi jurugambar profesional tersebut. Namun, anda tidak perlu melakukan itu semua lagi. Cukuplah gambar produk anda tersebut terang dan tidak menyakitkan mata bakal pelanggan anda.

Secara umumnya, gambar produk anda perlulah jelas (tidak kabur), saiz yang lebih dari 200 px dan tidak terlalu berwarna-warni dengan latar belakang atau hiasan lain. Paling mudah dan kemas hanya perlu letakkan objek (produk anda) di atas latar belakang putih. Contohnya: Produk biskut (cookies), cupcakes, brooch > Letak di atas kertas A4 putih dan berdindingkan putih. Sekiranya produk anda adalah baju, paling bagus dipakaikan di patung dan diambil gambar berlatar belakangkan dinding putih.

Untuk mengelakkan kita tersalah memilih warna latar belakang, ada baiknya kita tonjolkan produk kita dengan hanya menggunakan latar belakang putih. Jangan juga "terover" hias sehingga objek hiasan tenggelamkan produk sebenar anda.

choco_chip_cookie.jpg
 sumber dari Internet
 keklapis.jpg Gambar dari CakeLapis.com
 blouse01.jpg  sumber dari internet
 korean_brooch.jpg  Gambar dari My-Buy-Online.com

 

 

Powered by MUS Unlimited