Berhati-hati dengan Penipuan Emel PDF Print E-mail
 
yahoo-mail
hotmail_logo
gmail-logo 
Penggunaan utama berinternet disamping melayari laman-laman web tertentu adalah berkomunikasi menggunakan emel. Servis 3 emel gergasi percuma yang selalu digunakan adalah Yahoo Mail, Hotmail atau Gmail. Malah ada mereka yang memiliki ketiga-tiga akaun berkenaan dan lebih untuk tujuan tertentu. Saya sendiri memiliki malah lebih dari itu. Memang mengambil masa saya yang terhad ini untuk secara pukul rata membaca kesemua emel. Oleh itu pembacaan emel perlu dilakukan dengan bijak dan berkesan kerana tidak kurang juga dengan emel-emel penipuan dari pelbagai bentuk. Dalam bahasa internet dipanggil Scam atau Phishing Email.

phishing-email

Di antaranya yang kerap berlaku dan perlu berhati adalah:
  1. Emel dari Maybank yang mengatakan sesuatu telah berlaku kepada akaun maybank2u online anda (Contoh: Di blok, reset password, permintaan mengubah profil, dsb) yang bertujuan supaya anda menggunakan link URL yang disertakan di dalamnya. Anda tidak perlu mengikuti langkahnya. Hanya delete sahaja emel ini atau tandakannya sebagai spam-mail. Teknik untuk membuktikan link URL tersebut adalah palsu dengan hanya mouse-over di atas link tersebut. Anda dapat melihat link URL tersebut sebenarnya ke web yang bukan maybank2u yang sebenar.
    phishingemail01
  2. Emel berangkai seperti, "Sampaikan pesanan ini kepada 10 orang lain supaya anda mendapat .....". Alasan utama penerima akan diberi untuk mengikuti orang yang terdahulu adalah, apa salahnya, bukan kena bayar pun kalau hantar ke 10 orang lain.
  3. Emel meminta pertolongan untuk mendapat bantuan mengeluarkan sejumlah wang yang banyak dari sesebuah negara. Cara begini selalunya dibuat oleh orang-orang Afrika. Mereka sebenarnya akan meminta sejumlah wang yang agak kecil (berbanding dengan jumlah sebenar habuan yang mereka janjikan itu) untuk membantu supaya proses pengambilan wang tersebut. Sekiranya dapat, mereka anda meminta sedikit lagi, sehinggalah seberapa banyak yang mereka boleh mendapat dari anda.
  4. Emel tawaran untuk bekerja dari rumah (kerja mudah hanya dihadapan PC). Mereka sebenarnya akan meminta yuran pembayaran untuk memulakan perniagaan tersebut atas alasan untuk bahan kerja.

Secara kesimpulannya, perlu berhati-hati dengan emel yang mempunyai link URL ataupun attachment. Tiada perkara yang percuma atau begitu mudah untuk diperolehi lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan wang.

Sentiasa berhati-hati dengan emel-emel anda. Selamat Berinternet
 
 

Powered by MUS Unlimited